Sep 23, 2011

myMetro ~ Budak 2 Tahun Diperkosa di Rumah Pengasuh

Gambar Sekadar Hiasan ~ Google Image
PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.
Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.
"Pa lah yang pengasuh tu buat sampai budak yang dijaga boleh diperkosa? Sekarang ni susah mau cari orang yang boleh dipercayai untuk jaga budak-budak. Tak tau lah pa mau jadi sudah orang-orang sekarang ni."


Source: http://www.hmetro.com.my/articles/Budak2tahundiperkosadirumahpengasuh/Article

9 comments:

beaty said...

alalalalla..s*** punya orang ni...budak pun dia ada perasaan kan mau buat jahat...aihh kesian betul ni

♡ a-Me ♡ said...

ya bah Beaty.. padahal baru 2 tahun bah umur tu budak. btul2 masalah bah orng yg buat mcam ni..xda tau mana sdah akal sma pikiran dorang ni..

Aki said...

ish.. teruknya.. apa punya manusia la tu..

♡ a-Me ♡ said...

Sa pun xda tau juga ni manusia pa.. Mo bilang binatang kan, tu binatang sayang anak juga bah.. kecuali binatang yg pemangsa m'cari mangsa.. Hmm...

Kay Masingan said...

eh, mungkin kena dera ni kan...oh kesiannya budak tu

Nanie Natascha said...

God bless that poor child..damn btl progol tu..bgus kena sulah sja...

CathJ said...

kejam betul.. sekarang perempuan ke lelaki kah... semua tidak boleh percaya.... so dangerous... not only little girl.. little boy pun boleh kena juga.. dangerous..

Aemy Shamy said...

shit!!! ni nafsu setan suda ni...bukan lg nafsu binatang...binatang lg mulia ihh...aish kejam betullll....

♡ a-Me ♡ said...

Kay: ya.. memang kesian ni budak.

Nanie: May God always with her..

CathJ: ya. btul2 mmg dangerous.. Anyway wlupun d rumah.

Aemy: yup Aemy, mmg btul2 nafsu setan. Binatang pun xda macam ni kan.. hmm..

Our Anniversary

Angel First Birthday