Apr 15, 2011

Jawapan Teka-Teki

Nah, sampai sudah hari untuk bagitau jawapan. Hihihi... Nilah jawapan teka-teki saya yang saya post Rabu lepas. Mari Jawab Ramai-Ramai, Posted on Wednesday, 13 Apr 2011.


Teka-Teki Lawak

1. Dalam banyak2 kain, kain apa yang paling berat di dunia?
~ Kain Songket Cap Gajah Duduk ~
2. Soalan Matematik. 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
~ Itu nyonya jatuh la ~
3. Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?
~ Penyapu ~
4. Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
~ Jawapan lain dia salah ~
5. Ibunya diurut, anaknya dipijak.
~ Tangga ~
6. Pokok apa yang bila manusia nampak dia lari?
~ Pokok Tumbang~
7. Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyanyikannya?
~ Lagu Happy Birthday ~
8. Air apakah yang paling berani sekali?
~ Air Terjun ~
9. Sungai apa yang paling kurus di dunia?
~ Slim River ~
10. Sungai apakah yang tiada air?
~ Sungai dalam peta ~
11. Buah apa yang bila masak dia timbul?
~ Buah Melaka ~
12. Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
~ Ikan jadi banyak ~
13. Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?
~ Dua-dua boleh goreng ~
14. Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
~ Ikan duyung ~
15. Banyak2 bas, bas apa yang pandai?
~ Bas Sekolah ~
16. Banyak2 mi, mi apa yang boleh makan sama ais?
~ Mi Lo Ais
17. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
~ Sebab kalau anjing angkat dua kaki. dia jatuh ~
18. Apa perbezaan lampu stadium dengan lampu bilik?
~ Lampu stadium kalau ada game dia pasang, Lampu bilik kalau ada game dia tutup ~
19. Mana lagi tua, motorsikal atau kerete?
~ Motorsikal, sebab pakai tongkat ~
20. Ahmad bin Abu, Kambing bin apa?
~ Kambing binATANG ~

Apa macam kamu punya jawapan. Ngam ka? :)

No comments:

Our Anniversary

Angel First Birthday