"Tiada siapa-siapa pun di antara kita yang dilahirkan sempurna. Semua dilahirkan dengan kekurangan masing-masing. Dengan kekurangan itu, kita akan saling memerlukan dan saling melengkapi di antara satu sama lain." ~ a-Me
Benarkan kenyataan yang tertulis? kita kadang-kadang sentiasa akan merungut "mengapalah saya dilahirkan miskin", "kenapalah hidup saya tidak sempurna dan mempunyai wang yang banyak", "kenapalah saya tidak mempunyai rupa yang cantik, badan yang menarik", "kenapalah saya tidak bijak", dan banyak lagi rungutan-rungutan lain.
Saya sendiri tidak lari dari memikirkan dan merungut dengan perkara-perkara sebegini. Apatah lagi apabila berada di dalam kesulitan. Tapi adakah segala rungutan itu dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi? Adakah rungutan itu dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian? Jawapannya, Tidak. Jadi apa yang harus kita lakukan?
Perkara paling penting sekali adalah bersyukur, tapi jarang sekali diantara kita dapat melakukan sedemikian, ini kerana kita mempunyai keinginan dan hawa nafsu yang sangat besar.
Maka, apa yang boleh kita lakukan jika perkara semudah itu kita tidak dapat lakukan. Bagi saya sendiri, saya cuma mampu menenangkan fikiran dan kemudian berfikir secara waras dan positif.
Saya akan memikirkan betapa bersyukurnya saya dengan apa yang saya perolehi sekarang ini dibandingkan dengan yang lain. Saya bersyukur apa yang diberikan oleh Tuhan. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri saya, saya bersyukur kerana mempunyai tubuh badan yang cukup sifatnya, saya sangat bersyukur kerana orang-orang sekeliling saya menghargai saya seadanya, saya bersyukur mempunyai teman-teman yang sentiasa berada bersama dengan saya, dan saya bersyukur dengan apa yang telah terjadi dan akan berlaku dengan saya.
3 comments:
slogans on safe diwali diwali crackers images safe diwali slogans
deepavali slogans diwali crackers images slogans on safe diwali
matching halloween costumes for friends halloween pictures clip art halloween card sayings
college costume ideas hd halloween wallpaper halloween recipes with pictures
New Year Quotes
veterans day graphics
thank you messages to veterans
Post a Comment