Jun 28, 2011

$1/RM1


 

 

Kamu pernah ka nampak ini duit kertas? Kalau kamu pernah tengok kamu kasi share-share la tu informasi atau tambah-tambah informasi lagi di sini. Kalau belum pernah, saya kasi share la sikit informasi yang saya tahu. (Biarlah sikit kan, yang penting ada untuk dikongsikan.)

Gambar duit kertas di atas ialah duit RM1 juga dikenali sebagai $1 merupakan siri pertama keluaran Bank Negara Malaysia. 

Wajah yang tertera di dalam duit kertas di atas ialah Gabenor Tun Ismail Bin Mohamed Ali

Cetakan daripada Bradbury, Wilkinson & Co Lo New Malden, Surrey, England

Duit kertas seperti gambar di atas mempunyai pengeluaran sehingga 5 siri. Setiap siri mempunyai perbezaan kecil berbanding siri sebelumnya. 

Untuk mengenali $1 siri pertama:-
Ejaan "DI-PERLAKUKAN" merupakan ejaan lama yang hanya digunakan dalam keluaran siri pertama dan pada siri kedua dan seterusnya ejaan yang mula digunakan ialah "DIPERLAKUKAN".

Penggunaan $1 yang terdapat di depan muka duit sebelah bawah kiri ini hanya ada pada siri pertama dan kedua.

Seperti gambar di atas, duit kertas siri pertama ditandatangani oleh Tun Ismail Mohamed Ali. Penggunaan ejaan "GABENOR" pada siri pertama dan "GABENUR" pada siri kedua, ketiga dan keempat. Kemudian menggunakan ejaan "GABENOR" semula pada siri kelima.

Sumber Info: RangeBoy's Blog
Gambar: My own collection.

4 comments:

Okayarms said...

Duit kita dulu used to be dollar kan ;)

a-Me Jay said...

yup.. tpi sa not sure pla thun bla currency kta tukar pgi MYR/RM.

beaty said...

sa ada simpan ni..tapi buruk suda ni..sa soletip saja ni

a-Me Jay said...

Beaty: Ya.. nah ok jga tu.. daripada tiada.. Hihi. At least ada history.. :)