Dec 5, 2009

Nescafe Biscuit


Bangun ja pagi tadi, tiba2 datang pula semangat rajin mau bake biscuit. So saya ambillah buku resepi dan pilih mana2 satu biscuit yang berkenan dan resipi yang senang. Huhuhu.. Belum pro lagi ba bake biscuit so knalah cari biscuit yang resipinya difahami dan mudah d buat, itulah mau ikut buku resipi lagi. Lepas tu saya pilih la Biskut Nescafe dan pergilah Kedai HupHuat di Durian Tunjung tu beli bahan2 yang d perlukan. Sampai ja rumah balik, terus bake biscuit. Mula2 xda jadi, sebabnya terlebih mentega dan kurang tepung & gula. hehehe. Lpas tambah apa yang patut barulah menjadi. (tapi da juga la hangus2 masa 1st trip bake) :P Nevermind la kan, 1st try buat biscuit. So cni sa mau share2 la tu bahan2 and cara buatnya mnatau ada yang berminat. :)

Bahan-Bahan:
200gm mentega
150gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50gm gula halus
1 sudu makan Nescafe

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan Nescafe dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Pukul hingga sebati dan lembut.
3. Terapkan adunan mengikut bentuk yang disukai. Hias ikut cita rasa.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 160celcius dan alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit atau hingga masak.

Selamat Mencuba.

No comments:

Our Anniversary

Angel First Birthday