Showing posts with label Weather. Show all posts
Showing posts with label Weather. Show all posts

Oct 13, 2011

Laporan Cuaca... (Cont...)


Selamat Petang semua, Laporan Cuaca kembali.
Apa macam sudah cuaca kamu di sana? 


Di sini kan lepas berhenti sudah tu hujan masuk tengahari sikit barulah si Sunny mo kluar-kluar. Tapi itu pun macam chipsmore(sekejap ada sekejap teda) mungkin tu kapas-kapas masih tebal lagi, jadi bila si Sunny nampak ruang-ruang kosong terus dia berlari-lari riang mencelah kasi pancar tu cahaya dia. Jadi di sebabkan si Sunny macam tu, si Windy pun mengambil kesempatan la untuk kasi tiup-tiup angin dia, macam si Sunny bagi chance sama si Windy lah kali tu kan. Di sebabkan keadaan begitu, maka tidak panas sangat lah di sini. Untuk sepa-sepa yang kasi jemur-jemur tu kain, kering juga lah bah tu pasal ada juga si Windy tiup-tiup kan..


 Masuk sudah petang-petang terus si Sunny tidak lagi malu-malu mau keluar. Dengan gah ni si Sunny kasi pancar-pancar cahaya dia. Nah ni kalilah, memang kering lah tu baju-baju yang kena jemur tu. Si Windy macam tiup-tiup sikit seja. Itu hari tu pun tidak juga gelap sudah. Mungkin tiada sudah tu hujan turun kali.

Jadi sepa-sepa yang mo pi jogging@beriadah ni petang boleh lah sudah tu.

Bah, sekian laporan cuaca ni petang.
Saya yang melaporkan.

4.00pm, Khamis.
Lokasi: Tinjauan cuaca dilakukan dari tingkap office.


P/s: Sekali lagi memalukan diri dengan lukisan. hahaha... Cantik lagi lukisan si Sunflo sa rasa. 

Laporan Cuaca...


Selamat pagi semua. Apa kabar kamu ni hari?
Apa macam cuaca kamu di sana? Okay-Okay juga kah? 


Di sini, dari kelmarin itu hujan (ada jugalah berhenti-henti) tapi hujan lagi balik. Paling bikin takut tu cuaca kelmarin petang lah. Tiba-Tiba seja tu awan mendung (gelap+berangin kuat). Betul-betul gelap, padahal baru pukul 4.00pm.


Ini pagi pun lebat lagi tu hujan, sejuk ja rasa kan.. Terus macam malas seja mau bangun pigi kerja tau.
Sekarang tu cuaca terang sudah balik, teda sudah hujan turun. Sejuk-sejuk lagi tu sebab si Sunny (kawan baik si Sunflo @ pet si Gunaqz) belum mau kasi tunjuk diri lagi. Mungkin si Sunny malu-malu lagi kali kan mau keluar, kalau tidak pun mungkin sebab tu kapas-kapas(awan) di atas tebal kan jadi teda la tu lubang-lubang untuk si Sunny punya cahaya tembus pi pancar sini bola(bumi). Tapi untuk hari ini bagus jugalah si Sunny inda keluar, pasal kalau keluar sudah si Sunny tidak lagi sejuk-sejuk ni.  

Okay, habis sudah laporan cuaca pagi ni. 

Sekian.

10.27am, Khamis.  


P/s: Menunjukkan bakat melukis yang tidak berapa menjadi di awal pagi.. :p