Nov 1, 2011

Pasangan Terlanjur Tipu Tarikh Nikah (Elak Kandungan Ditakrif Anak Tidak Sah Taraf)

KUALA TERENGGANU: Ramai pasangan terlanjur di negeri ini dikesan sanggup menipu tarikh pernikahan mereka bagi mengelak anak sedang dikandung ditakrifkan sebagai anak tidak sah taraf.
Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyalahi hukum syarak, malah menyebabkan keturunan sesebuah keluarga itu tidak sah, malah tergolong dalam zina.
Malah, katanya, ada beberapa kes Mahkamah Syariah mengesan tindakan pasangan menipu tarikh pernikahan ketika mendaftarkan perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara. 

"Ada kes pasangan terlanjur sehingga sudah dua bulan mengandungkan anak, kemudian pergi bernikah di Thailand kerana tidak mahu menanggung malu. 

"Apabila pulang ke sini dan mahu mendaftarkan pernikahan itu, mereka menipu kononnya tarikh pernikahan di Thailand berlangsung pada 1 Januari dan dimasukkan ke dalam sijil nikah dari negara berkenaan, sedangkan mereka sebenarnya bernikah pada 1 Mac. 

"Perkara seperti ini juga banyak membabitkan golongan VIP kerana mereka hanya perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan sijil nikah kosong dan meletakkan tarikh tertentu seperti yang dikehendaki," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. 

Beliau berkata, penipuan tarikh perkahwinan akan memberi kesan terhadap nasab keturunan, terutama sekiranya membabitkan pendaftaran perkahwinan apabila si wanitanya sudah hamil sebelum pernikahan.

"Perkiraan anak tidak sah taraf dibuat bermula dari tarikh perkahwinan, sehinggalah anak itu hendaklah dilahirkan tidak kurang enam bulan dari tempoh pernikahan.
"Sebagai contoh, seorang wanita itu sudah mengandung dan kebiasaannya orang mengandung selama sembilan bulan, tetapi wanita itu pula hanya mengandung enam bulan dua hari. Mengikut hukum syarak, anak ini boleh dibinkan kepada bapanya dan bukan anak luar nikah. Tetapi, jika anak itu lahir kurang enam bulan daripada tarikh pernikahan, maka anak itu tidak sah taraf," katanya. 
Justeru, adalah sangat penting untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meletakkan simbol khas di dalam MyKad sebagai tanda seseorang itu khususnya wanita, adalah anak tidak sah taraf, bagi memelihara keturunannya selepas bernikah dengan lelaki pilihan. 

"Ini kerana, apabila seseorang itu mahu berkahwin, dia tidak lagi menggunakan sijil kelahiran (yang tercatat status anak itu sebagai anak tidak sah taraf) dan hanya menggunakan MyKad saja. Jadi, apabila hanya mengguna MyKad, ia bergantung kepada keikhlasan ibu bapa itu sendiri terutama yang mempunyai anak tidak sah taraf untuk mendedahkan kebenaran sebelum bernikah.

"Jika dia anak tidak sah taraf, maka permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim di mahkamah perlu dibuat.. kalau itu berlaku Alhamdulillah, tetapi kalau ibu bapa itu buat diam saja dan tidak memberitahu hal sebenar bahawa anak itu tidak sah taraf, itu yang menjadi kebimbangan kita kerana dia berkemungkinan dinikahkan oleh lelaki yang 'kononnya' adalah bapanya," katanya. 

Wan Mohd Zakri berkata, anak tidak sah taraf boleh dikenal pasti menerusi sijil kelahiran yang mencatatkan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, namun perkara itu tidak tercatat di dalam MyKad, yang mana MyKad lazimnya digunakan sebagai dokumen penting apabila seseorang itu mahu mendirikan rumah tangga. 

"Sebab itu kita mahu JPN letakkan simbol khas sebagai contoh tanda bintang pada MyKad anak tidak sah taraf, supaya pihak yang berkenaan boleh mengenal pasti status individu itu sebelum bernikah. Jika wanita terbabit adalah anak tidak sah taraf, maka 'bapanya' tidak layak menjadi wali menikahkan 'anaknya'," katanya.

Sumber: Berita Harian

20 comments:

Wency said...

no wonder la byk  kes buang bayi..kalu lahir pun xsah taraf...  camna lah  masa depan baby tu kalu 'berstatuskan tidak sah taraf'.. nti suda besar confirm kena hina.. jadi x heran la kalu byk psgn tlanjur utk buang tu baby.. kesiannya.. sedi btl bila bca ni news..

a-Me said...

Wency.. So true. Lpas sa baca ni news, 2lah yg sa nmpak jga. Thats why rmai yg pilih utk buang tu baby. If kna mcam ni, smpai dorng besar bah dorng dimalukan pdahal its not their fault bah.. mmg sa tdak skong tu status...  

Wency said...

 sa pun xsetuju oh mandak.. tu baby bukannya ada salah pa2.. yg bsalah tu parents drg, tp kan drg mau berkawin juga.. i think everyone deserves a second chance.. ni bukan mau bg chance ni, tp mau hancurkan msa depan org..  siap mau letak simbol khas di IC..so judgemental..! ! there's no point mau banteras kes buang bayi segala..ni peraturan suda ckup mbuktikan apa the root of the problem..  fkr la masa depan baby tu, kalu mau hukum pun, hukum tu parents jak not the baby..

a-Me said...

Yup. Btul tu Wency, at least dorng mau kawin juga kan. Dorang tdak lari dari tanggungjawab. Sa tau jga la bagi dorng pnya belief, especially girl klu dorng bukan anak sah dorng tdak boleh kna kasi wali/wakil by their dad. Tapi at least no need to put that status bah, bukan dorng mau bgitu. My friend said status tu mmg ada stated skarang d dalam Sijil Lahir untuk case macam ni. So klu btul they put di IC jga, sa rsa tu case2 buang bayi will be more worst...

beaty said...

btl no wonder banyak ni kes buang bayi..bagi sa kan sa inda mau kalau begini...bukan apa ni kan pula menambahkan masalah. iya kalau pun sdh terlanjur apa bulih buat kan..lagi pun durang mau kahwin juga kan..

a-Me said...

Ya kan Beaty. Sapa2 pn xda mau bah beaty. Cba klu kna d posisi tu budak yg lahir mcam tu, kna states anak tidak sah. Pa la jadi sma kehidupan dia nanti bila dia besar, dorng tdak t'fkir ka tu dorng kasi hancur masa depan orang.. Bgus sdah tu dorng mau kawin, dari tu orang2 yang pi bunuh+buang bayi.. 

sweetnspicy said...

ish.. adakah.. smpai bila2 kasi malu ja tu anak.. bkn tu anak yg salal.. adakah mau letak simbol di my kad tu. buduh ni sa rasa.. >_< 

a-Me said...

Ya, btul ni sweetnspicy. Bkan salah anak tu bah, tapi tu anak yg kena kasi salah smpai mo kna letak tu simbol kan.. Heran kan.

Annie Ming said...

Kenapa bah durang tu ah. Anak yang lahir luar nikah tu bukan manusia ka mau kasi simbol khas segala. Peih! No wonder banyak yang mau tipu tarikh nikah.. 

aemy shamy said...

kalau benda ni berterusan...sy betul2 rasa unfair & simpati sama those babies....huuhuuu...pathetic..

Arms said...

Lawa la, thanks for sharing a-Me. Sia nda tau ni pasal ni. Sia taw juga la ada pihak yang cam gitu-gitu tapi this is just too much. Mentang-mentang la diorang keturunan yang SAH TARAF (whatever that means), kesian pula yang kena tindas.

I wonder, mcmna tu kalo the unfortunate yang kena paksa intercourse tapi dia pilih just to have the baby, terus kena cop NDA SAH ka anak dia.

Budukang.

a-Me said...

Tipu tarikh nikah spaya anak dorang tdak dapat tu status "anak sah" is much2 better then kasi lahir anak then throw/killed tu anak oh.. Heran why they really need to put itu status... hmmm...

a-Me said...

aemy.. ya.. mmg ksian bah sma smua tu babies2 yg jadi mangsa keadaan, its not their fault tp dorng akan tanggung seumur hidup...

kay masingan said...

bukan salah anak..tapi anak yang terima dan tanggung akibatnya 100%. 

a-Me said...

No problem Arms.. 1st masa sa baca ni news pun mmg sa btul2 rasa xda puas hati jga ni especially yg sa highlight punya part. i know bukan salah religion bah, sbb mmg kta tau juga kan every religion pun tdak kasi benar yg bukan pasangan sah tinggal bersama, but if dorng sudah buat hal and jadi kes dapat baby.. Takkan la those baby yg dapat cop. huh.. really unrealistic bah...

a-Me said...

Yup kay... klu keadaan skarang ni memang anak yang tanggung akibat 100%. Termasuk la yg buang/killed those babies.. Kasian ni.. 

Vanessa said...

This is a depiction of total stupidity and pure prejudice. The simpleton(s) who came up with this policy must be (a) total %^&*(). 

CherrieMia said...

Kalau betul dorang mahu buat ni simbol khas di MYkad,saya enda heran lah kes buang bayi maybe akan tambah meningkat lagi. Saya rasa bodoh betul lah mahu letak simbol2x ni,kalau ibubapa si anak tidak sah taraf tu tidak mahu mengaku time anak dia mahu bernikah jadi tu urusan dia dgn Tuhan sajalah.Sdh nama dia manusia bukan semuanya perfect.

SJB said...

Ada ada saja.

SJB said...

Oh, mari Join my 2nd giveaway..
http://www.sjb-myphotopage.com/2011/11/2nd-giveaway-by-sjb.html
Thanks.