Feb 14, 2011

Valentine's Day @ Hari Valentine

Hari Santo ValentineHari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentinepada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.
Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepadakad ucapan keluaran besar-besaran.[1] Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.[2] Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.[3] 
Dipetik daripada  ~ Wikipedia



Hari Valentine ini sebenarnya tidak diwajibkan pun untuk diraikan oleh orang ramai, tapi ramai juga yang sibuk dan teruja meraikannya apalagi kepada pasangan-pasangan kekasih. Bagi saya sambutan Hari Valentine ini tidak semestinya diraikan oleh pasangan kekasih sahaja tetapi hari ini juga boleh diraikan dengan keluarga di mana kita menunjukkan cinta dan sayang kita terhadap mereka. Kita juga boleh meraikannya dengan rakan dan sahabat handai untuk menunjukkan kita mengambil berat tentang mereka. 
Tapi mesti ada yang tertanya-tanya kan, kenapa mesti kita menunjukkan kasih sayang dan mengambil berat pada orang yang kita sayang pada Hari Valentine, hari-hari lain tidak boleh kah? Boleh, sudah tentunya boleh. Tiada siapa pun yang melarang kita untuk tunjukkan betapa kita cinta, sayang dan mengambil berat terhadap orang yang kita sayang. Tapi adakah kita menunjukkannya setiap hari, pasti tidak kan. Mungkin kita kadang-kadang leka melakukan kerja-kerja seharian kita sampai lupa pada mereka yang sentiasa mengingati kita. Mungkin juga masa kita sibuk dengan tugasan-tugasan penting hingga kita leka seseorang sedang menantikan pesanan mahupun ucapan daripada kita.
Jadi, itulah saya katakan Hari Valentine ini boleh kita gunakan untuk menunjukkan betapa kita menyayangi pasangan, keluarga, sahabat handai, dan rakan-rakan kita yang telah lama tidak berjumpa. Bagi saya, tidak semestinya hari ini disambut tapi hari ini merupakan hari seperti tarikh kelahiran kita, tarikh ulang tahun perkahwinan, mahupun tarikh penting yang kita boleh gunakan untuk mengingati orang yang kita sayangi.


Happy Valentine’s Day

1 Corinthians 13: 4-7
4 Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. 5 It does not dishonor others, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. 6 Love does not delight in evil but rejoices with the truth. 7 It always protects, always trusts, always hopes, always perseveres.


No comments: