May 3, 2011

Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran

ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi. 


Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lalu menyerah diri di balai polis di sini kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya. 


"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 


Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu. 


Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan. 

Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. 


Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat. 


Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. - BERNAMA


Sumber Berita: 

4 comments:

SJB aka SUELYN J-B. said...

Terlampau juga kan?.

a-Me Jay said...

iya 2lah.. tlampau+melampau.. ada2 ja skarang ni..

beaty said...

punya bikin takut kalau mcm ni..deii

a-Me Jay said...

memang bikin tkut.. ni memang peringatan utk orang2 pompuan ni. Jgan main2.. Bukan 1 kali sdh kes begini, d miri pun ada jga kes bgini, kna tikam smpi mati.. :S